Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Huh...sibuk betul aku kebelakangan nih..nak handle kedai lagik..nak blogging lagik (kena update sentiasa beberapa blog aku..adsense punya pasal la nih..hehehe)..nak siapkan membership site dan selling site aku lagik..ekekekeke..

Tapi takper..aku gagahkan jugak..sebab by two more years..aku nak relax skit..manage jek mana yang dah ada..2 tahun ni jek kena struggle skit..pas tempoh 2 tahun ni nanti..InsyaAllah..aku mampu tersenyum lebar..hehehe..korang mesti tertanya2..benda la si format ni buat kan?..ekekeke..teruskan meneka..nanti sampai masa aku bg tau gak..

Sekian dulu..aku dah penat..lain kali lak kita sambung yer..;)

Adios Amigos..!!

First of all, korang kena la ada akaun Google Mail atau gmail..

Pas tuh plak..korang kena ada laman web berbahasa Inggeris dan sudah mempunyai post (Google tak akan melayan permohonan dengan web kosong).

Bila dah ada 2 perkara ni korang boleh memohon utk akaun Google Adsense ni.

Tempoh kelulusan utk permohonan akaun Google ini mungkin mengambil masa 24 jam atau lebih..

Utk permohonan akaun Google Adsense ini korang boleh klik di Ad Referral dari Google yang ada kat blog aku ni..

Adios Amigos!!!

p/s : sebarang pertanyaan ttg Adsense ni..leh la diajukan di bahgian comment..;)

Blog & Adsense

Salah 1 cara utk menjana pendapatan di internet adalah dengan start blogging dan mengiklan Google Adsense.

Aku dah pun memulakan langkah utk menjana pendapatan dengan Google Adsense..korang plak bila lagi?

Ni adalah antara blog2 yang dah aku create dan letakkan iklan Google ni..

1. www.myene.blogspot.com - blog mengenai dunia hiburan dan selebriti.

2. www.worldsrecipes.blogspot.com - himpunan resepi masakan dari seluruh dunia.

3. www.powerinfos.com - maklumat2 mengenai kesihatan, body building, golf, fishing & banyak lagi..

4. www.aboutadsense.powerinfos.com - segala maklumat mengenai Google Adsense akan aku published kat sini..

Esok aku akan ceritakan pulak..bagaimana nak memulakan pengiklanan ngan Google Adsense.

Lets Start Blogging..

Blog Resepi

Ari ni aku selamat create 1 lagi blog dengan tagline Your #1 Recipes Resources!

Ehehehe..tengok dari tagline pun dah tau blog aku ni mengenai apa kan?

Mungkin ramai yang tak tahu yang aku berminat dalam bidang masakan dan berkebolehan memasak..itu salah satu dari hobi aku selain bermain snooker..;)

So..aku dedikasikan World's Recipes ni kepada mereka yang mempunyai hobi/minat yang sama dengan aku..

So..kepada pencinta2 makanan dan resepi..sila2 la ke blog terbaru aku ni yer..

Jangan lupa tinggalkan komen..!!

Adios Amigos..!!

World's Recipes

Ari ni aku dapat email dari Bitol, berkenaan ngan program affiliate MalaysiaPal tuh..korang baca sendiri la yer..:p

Good day everyone!

Pada mulanya saya bercadang untuk menulis hanya kepada affiliates
sahaja tetapi memandangkan terlalu ramai, beratus-barus yang menghantar
e-mail kepada saya bertanyakan bagaimana sistem affiliate saya berfungsi,
jadi sebaiknya saya menghantar kepada semua sekali subscriber saya.

Saya ingin tegaskan di sini, saya tidak menjalankan sebarang sistem
"skim cepat kaya". Saya membuat affiliates untuk membantu 2 belah pihak,
kepada anda dan kepada satu syarikat sendirian berhad. Diharap anda
tidak membuat sebarang tanggapan negatif tentang niat yang saya buat.

Saya umpama anda juga, bayangkan jika beratus-ratus e-mail yang anda
dapat, lagi-lagi soalan yang terlalu remeh dan mampu dicari di Google dan
Yahoo, sebagai manusia normal, saya tidak mampu untuk menjawab
kesemuanya. Jadi, saya ingin meminta maaf jika saya tidak dapat mengikut
kehendak anda.

OK, cukuplah sebagai keluhan saya pada pagi ini. Biar saya ceritakan
bagaimana affiliates saya berfungsi pula.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mempromosikan laman web
MalaysiaPal kepada rakan-rakan anda, pelawat-pelawat blog, pelawat laman web
dan sebagainya menggunakan affiliate link yang akan diberikan. Anda akan
mempromosikan kepada mereka e-book percuma ini sahaja dan setiap
pembelian yang telah dibuat, anda akan mendapat komisen sebanyak RM10.00 dan
setiap pendaftaran affiliate terbaru di bawah anda yang berjaya membuat
jualan, anda akan diberikan komisen tambahan sebanyak RM2.50.

Maka, anda akan mendapat RM10.00 bagi setiap jualan yang anda buat +
RM2.50 daripada affiliate di bawah anda.

Bukan itu sahaja, saya juga akan memberikan anda sebanyak RM5.00 hanya
untuk mendaftarkan diri sebagai affiliate saya!

Baiklah, biar saya terangkan bagaimana sistem affiliate saya berfungsi.

• Selepas anda mendaftarkan diri sebagai affiliate, anda akan diberikan
satu link affiliate MalaysiaPal. Link affiliate anda akan membawakan
pelawat-pelawat anda ke laman utama MalaysiaPal.

• Apabila mereka mendaftarkan nama dan emel untuk menerima bonus-bonus
yang saya berikan, nama-nama tersebut akan dihantar kepada sebuah
syarikat sebagai rekod mereka.

• Jika ada jualan melalui affiliate link anda, anda akan diberikan
komisen seperti yang telah diterangkan di atas, RM10 daripada affiliate
link anda dan RM2.50 bagi affiliate di bawah anda.


Ingin saya tegaskan di sini, saya hanya memberikan info percuma sahaja
di dalam e-book ini. Saya telah bersemuka dengan beberapa orang
usahawan Internet berpengalaman, dan ada bertaraf dunia dan hasilnya tentang
e-book ini ialah positif.

Di sini juga saya ingin nyatakan yang saya tidak akan berkompromi
dengan mana-mana affiliates yang menjalankan aktiviti SPAM. Saya telah
delete dan ban IP beberapa affiliates yang melanggar penjanjian semasa
mendaftar sebagai affiliate. Ini demi menjaga nama baik saya dan nama baik
MalaysiaPal.

Diharap dengan e-mail yang agak panjang ini dapat menghuraikan segala
persoalan yang timbul.
Terima kasih.

Hafiz Latib


Dah baca? Dah faham? Apa tunggu lagi?? Register kat sini!!! Register sebagai affiliate terus dapat bonus RM5.00, belum buat keje lagik tuh..huhuhu..apa tunggu lagik?

Daftar jangan tak daftar..
;)

Korang masih ingat tak ngan Bitol a.k.a Hafiz Latib?

Ala...designer utk team C3 tu..haaaa..ingatkan..? Utk pengetahuan korang..Bitol dah pun melancarkan program affiliate terbaru yang diberi nama MalaysiaPal.com

Program affiliate ni adalah program yang akan membantu kita semua dan mengajar 3 langkah mudah, selamat dan terbukti berkesan utk mengeluarkan wang dari akaun PayPal dalam masa hanya 3 hari!!!

Huh..memang pelik si Bitol ni berniaga..dah la program affiliate ni nanti bagi e-book percuma..sejurus lepas daftar sebagai affiliate pun dah dapat bonus RM5.00!!! Kenapa??? X percaya??? Lebih baik korang percaya..sebab aku dah pun dapat RM5.00 tuh dalam akaun aku..( terima kasih Bitol ;) )

So, bagi yang selama ini tercari2..bagaimana kaedah nak menukarkan PayPal kepada tunai..jgn berlengah lagi..mendaftar sebagai affiliate sekarang kerana pada 5 hb September nanti (hari pelancaran MalaysiaPal), Bitol akan memberi korang semua link utk download e-book berkaitan PayPal ni secara percuma..!!

Apa tunggu lagi???

Daftar di sini sekarang!!!

Ari ni aku dah pun siap memasukkan artikel ke dalam laman web pertama aku iaitu www.powerinfos.com

Laman web aku ni lebih kepada laman web yang menyalurkan maklumat2..dalam banyak kategori..pendek kata..kalo korang nak carik maklumat..boleh la ke laman web aku ni..dan aku telah pun memohon akaun google adsense utk aku letakkan adsense di laman tu nanti..

InsyaAllah..esok mungkin aku dah boleh letakkan adsense di www.powerinfos.com

Nantikan laman web ke 2 dari aku..dan bagi sesaper yang nak berkongsi minat ngan aku..bolehlah mendaftar sebagai ahli di laman web ke 2 aku tu nanti..apa addressnyer???

TUNGGU..!!

Lama X Update

Assalamualaikum sumer..adesss..lama betul aku tak update blog nih..sibuk + ketandusan idea..tu adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap blogger..:p..ok..ari ni aku tader la nak tulis apa2 sangat memandangkan aku baru jek selesai menganjurkan 1 kejohanan snooker, maka aku nak la berkongsi gambar pada hari kejohanan tuh ngan korang sumer..

Sesaper yang nak tgk tu boleh la klik kat sini yer..

InsyaAllah..bermula minggu ni..aku akan mula aktif dalam mengemaskini blog aku ni..till then..assalamualaikum..

Cau..Cin..Cau..

Adsense

Adsense terima laman web dan blog Berbahasa Melayu!

Tu tajuk kat blog salah sorang rakan aku.. Kalau la betul seperti apa yang dinyatakan..hmm..senang la skit kan..hehehe..almakumlah..aku ni bukan la bagus sangat dalam penulisan Bahasa Inggeris..nak cakap Bahasa Inggeris dan nak paham mmg tader masalah..bab menulis ni..hehehe..(aku raser ramai gak yang ada masalah cam aku ni kan..:p).

So..sama2 la kita berharap agar berita ni sahih dan benar ya..at least..sesaper yang tak pandai nak menulis dalam Bahasa inggeris pas ni, masih ada peluang nak buat duit ngan Adsense..sesama kita tunggu..

..berita lanjut..klik sini..

ADIOS AMIGOS..!!

Ok kengkawan..hari ni aku nak bagi korang e-book mengenai adsense.. Banyak tips dan rahsia ttg adsense kat dalam ni..ehehehe..e-book ni bukan aku yang tulis yer..tapi En. Sham RajaAdsense yang tulis..aku cuma menyampaikan sedikit bahan utk korang buat rujukan ( sesaper yang berminat ngan adsense boleh la baca). Tapi ini hanya sedikit intro..kalo korang nak maklumat yang lebih terperinci..sila ke laman web RajaAdsense sendiri dan korang boleh beli e-book tersebut pada harga RM40.00 je.

Kepada yang berminat, download kat bawah ni..

1. Rahsia & Tips

2. Tag & Ping


E-book ini dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya..


Selamat Membaca!!!

Blog2 Pilihan

Sekarang aku mempunyai banyak pilihan bahan rujukan dalam meniti perjalanan menjadi usahawan internet berjaya. InsyaAllah..jika segalanya berjalan dengan lancar..pengumuman laman web pertama aku akan di beritahu dalam sedikit masa lagi..(itupun kalau apa yang aku rancang menjadi kenyataan..), sama2 la kita berdoa yer..

Ari ni aku betul2 sibuk dalam mencarik sumber2 utk aku merealisasikan impian aku..dan aku ingin kongsikan ngan korang sumer beberapa blog yang banyak menjadi sumber inspirasi aku setakat ini..


1. Blog SaifulSham

Blog kepunyaan mentor aku. Penulis buku Buat Duit Dengan Internet yang laris di pasaran. Team SaifulSham adalah terdiri daripada 2 anak muda Melayu yang dinamik dan berwawasan yang bersedia membantu bakal2 usahawan yang nak mengorak langkah sebagai usahawan internet sejati.. Blog ini adalah dalam Bahasa Malaysia. So, jangan lupa utk bookmark blog ini..kegagalan utk bookmark blog ni..bakal merugikan korang..(kalo betul2 nak jadik usahawan internet la kan..:p).

2. Blog Smartusaha

Antara blog yang mendapat 2 thumbs up dari aku. Smartusaha mmg gigih menulis sebagai sumber/bahan rujukan newbies macam aku nih. Tak lokek ilmu dan sentiasa memberi tips terbaik utk merealisasikan impian sesaper jua yang nak berkecimpung dalam dunia perniagaan internet. Terima kasih saudara Zul..tulisan ko mmg banyak membantu aku..;)

3. Blog Irfan Khairi

Saper yang tak kenal dengan Irfan Khairi kan..anak melayu pertama yang jadi jutawan hanya dengan berniaga di internet. Penulis buku Rahsia Internet. Irfan Khairi telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom atas usahanya mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi baru Malaysia dalam bidang perniagaan Internet.

Irfan Khairi menerima Young Innovation Award 2006 yang membawa gelaran 'DOKTOR'. Lepas ni kena panggil Dr. Irfan Khairi la yer.. Syabas Doc.. Blog ini juga dalam Bahasa Malaysia. Banyak tips dan ilmu yang korang boleh dapat dari sini..

4. Blog Zamri Nanyan

Blog ini hasil tulisan antara internet marketer yang dah established kat negara kita nih. Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan Zamri Nanyan, tapi sebenarnya..bagi netpreneur..nama Zamri Nanyan mmg dah tak asing lagi dan sentiasa menjadi sebutan warga netpreneur. Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan banyak tips2 serta panduan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan internet.

5. Blog Gobala Krishnan

1 lagi blog yang mmg sentiasa menjadi bahan rujukan netpreneur. Gobala Krisnan adalah penulis Chapter M - Penyelesaian Kepada Masalah Paypal dan Clickbank di Malaysia. Gobala juga adalah antara internet marketer yang berjaya di negara ini..Blog ini juga dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya..


Jadi kengkawan, ambil la peluang utk explore semua blog yang dah aku list kan di atas yer. Antara sebab kenapa bangsa kita kurang berdaya saing adalah disebabkan budaya malas membaca. So, tukarlah budaya tu dengan mula membaca hari ini (baca akhbar dan majalah hiburan tak diambil kira yer..). Semoga ia membantu korang dalam perjalanan menjadi Usahawan Internet Sejati..!

Mulakan Langkah Pertama Menjadi Usahawan Internet..!!

Aku nak perkenalkan 1 lagi laman web yang boleh bantu korang dalam nak mencarik idea bisnes apa yang korang nak buat..

Laman yang aku maksudkan tu adalah laman web IdeaBisnesLuarBiasa.com milik En. Mohamad Tazilan Bin Hj. Ibrahim, salah seorang internet marketer yang sedang meningkat naik di negara kita ini.

Kengkawan sekelian..IdeaBisnesLuarBiasa.com juga menyediakan program affiliate kepada sesiapa jugak yang berminat utk menjadik agen jualan IdeaBisnesLuarBiasa.com

Korang boleh mendaftar di sini utk mula menjadik agen affiliate IdeaBisnesLuarBiasa.com

Jangan berlengah lagi..mulakan jualan korang sekarang..!!

untuk keterangan lanjut..korang boleh layari laman www.ideabisnesluarbiasa.com

Happy selling!!!

Masih Keliru

Baru sebentar tadi, aku dapat 1 email dari seorang lagi rakan aku dari Kuantan, Pahang.(sebenarnya beliau lebih kepada sifu aku semasa aku dalam dunia MLM suatu masa dulu). Aku nak kupas skit mengenai email yang dihantar pada aku.. Disertakan email beliau utk rujukan korang..

HI,

If you ARE an Internet marketer...

You got to check this.....

As an Internet marketer, you already realize that you cannot do without the tools that we offer. More than likely, you are already utilizing these tools at other websites. The problem is that these websites fall into one of a few categories:
They only offer one of these tools, which means that you have to purchase all the other tools elsewhere, thereby paying more.

They offer only a few of these marketing tools, which means that you have to purchase the remaining tools elsewhere, thereby paying more.

They offer all the tools we offer, but their list of features is so stripped that the tools are practically useless. This means that if you want your marketing efforts to produce results, you have to get the feature-rich tools elsewhere, thereby paying more.
As said already, we are the only solution online that provides all of these products as feature-rich tools to help you maximize your income potential.
Even if you're NOT an Internet marketer...
Whether you're an Internet marketer or not, you will surely like what I've got to say next.
Internet Marketing Plus (IMP) offers the best income opportunity available online. Well, let me rephrase that. We offer the best legal income opportunity available online. You can rest assured that the money you will make from our system is made the right way, the legal way.
With our Dream Wealth system, we've provided a setup that allows you to make 6 figures (over $100,000) in only three (3) months. And with our weekly payout plan, you don't have to wait an entire month to start seeing the results.

It is free to join and you can learn what they can do online....

Click below the link to find out more....

http://www.imarketingplus.net/?sponsor=freedom



Sebenarnya, masih ramai yang keliru dengan penggunaan istilah 'internet marketer'..bagi aku, seorang internet marketer adalah org yang menjual melalui laman web dan memasarkan produknya ke seluruh dunia..tapi internet marketer dalam konteks email ini ialah..sesiapa sahaja..yang mencarik wang/pendapatan melalui internet..tak kiralah sama ada mereka menyertai program binary, matrix, doubler, autosurf ataupun hyip..
Hmmm..susah gak yer..dan program yang ditawarkan dalam email ini ialah program MATRIX..!!! (on paper mmg cantik perjalanan matrix nih, pelaksanaan belum tentu..hehehehe)

Tak dinafikan 1 ketika dulu, aku juga adalah seorang yang sentiasa mengintai peluang..pantang ada program 'money machine' di internet..aku antara org terawal yang akan dapat tahu..tapi kesudahannya program2 ini akan berakhir dengan SCAM..maaf aku tidak mengatakan semua program adalah SCAM, cuma kebanyakan dari program tersebut akan menjurus ke arah SCAM. Setelah terus2an kecundang..aku ambil keputusan utk mendalami ilmu peniagaan internet dengan individu2 yang dah pun established namanya sebagai internet marketer di Malaysia.

Jadi kengkawan sekelian..berhati2lah ngan email sebegini yang biasanya mmg dicipta oleh pakar2 utk mengelirukan kita semua..Apa2 pun..pilihan masih di tangan korang..seandainya masih terus2an mau mengikuti program2 sebegini..tiada siapa boleh menghalang..cuma..berpijaklah di bumi nyata..tiada kejayaan datang dengan mudah..

RENUNGKANLAH..!!

1 lagi artikel dari jutawan internet Dr. Irfan Khairi yang nak aku kongsikan ngan korang sumer..semoga artikel ini..membantu korang dalam nak membuat keputusan utk menyertai mana2 program online investment..


Bagaimana Caranya Menghindar Dari JERAT Online SCAM

oleh : Irfan Khairi

Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada ‘anonymity’ iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena SCAM mungkin mengatakan “Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja”. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang”. Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com


So, bagi korang kat luar sana..jgn mudah terpengaruh ngan sms/email/surat layang yang korang terima..yang mengaitkan nama2 individu yang dah berjaya dalam dunia perniagaan internet ni..Berfikirlah dengan bijak..

TERSERAH ANDA...!!

Jenama

Semalam aku menonton siri The Apprentice..dan kali ini Mr. Trump membawa 1 tugasan yang berkisar pada penjenamaan (brand name). Aku teringat plak zaman muda2 dulu..aku pernah terlibat dengan 1 perniagaan yang mmg menekankan penjenamaan..

Satu ketika dulu..aku pernah terbabit dalam industri courier service(tak perlu la aku sebut which courier company yer)..Ari ni..kebetulan plak sorang rakan aku dari Kuantan mintak aku explore 1 web site yang aku kira agak baru dan juga membawa 1 jenama baru dalam industri ini..(sebenarnya aku tertarik ngan brand dia ni)..senang melekat dalam kepala otak..dan dari jenamanya sahaja aku dah dapat membayangkan..perniagaan apa yang dia bawak..

Dropzone!!!

Kepada yang mempunyai kecenderungan dalam industri ini..korang boleh cuba explore dan cuba dapatkan peluang perniagaan serta seberapa banyak informasi dari web site ini..

Happy surfing!!!

SaifulSham Afiliate

Bermula pukul 7.00 pm (29/7/2006) sehinggalah sebentar tadi (kira2 setengah jam sebelum artikel ini aku published)..aku tak boleh access ke internet...ntah apa problem pun aku tak tau..dah buat troubleshoot pun masih kuar lagi Error 678..hiiiiiii…lemas aku..sari takleh nak access internet..!

2 hari lepas gak, rakan aku diumumkan sebagai 2nd top affiliate utk SaifulSham (bulan Julai)..dapat duit dan seutas jam tangan Swatch…Wahhhh..bertuah ko Rasid..dah la dapat duit..dapat lak jam tangan lagik..hehehe..pas ni pakai jam baru la ko yer..

Yang aku nak ceritakan ari ni bukan pasal Rasid ataupun jam baru dia tu..tapi pasal program affiliate SaifulSham ni..
SaifulSham akan membayar komisyen kepada sesiapa jua yang mempromosikan seminar mereka ini..samada secara direct atau secara indirect..(dengan syarat korang register as a member la kan..kalo tak mana nak dapat referral link tuh..ehehehe).

Secara directnya adalah : korang promosikan link korang utk org lain klik..dan sekiranya mereka register utk ke seminar tersebut korang akan dibayar sebanyak RM50/seat.

Secara indirectnya plak adalah : korang promosikan link utk mereka jadik ahli affiliate SaifulSham. Dan selepas mereka mendaftar sebagai ahli affiliate korang belum dapat apa2 pun..TETAPI..bila mana affiliate member ni mempromosikan link mereka..dan ada org menyertai seminar melalu link rakan affiliate korang ni..korang akan dibayar 10% dari komisyen yang rakan affiliate korang terima..bayangkan kalo 10 org klik dan sertai..kalo 100 org..kalo 1000 org..? Hehehehe..kira sendiri yer..

Tapi..aku bukanlah nak suruh korang carik duit macam ni jek..apa yang aku sarankan sangat2 adalah..korang sertai seminar ni dulu..raserkan pengalaman bersama team SaifulSham...barulah korang boleh bercerita..betapa bernilainya ilmu yang nak mereka kongsikan..

Aku sebagai peserta seminar #2 team SaifulSham ni..mmg berpuas hati dengan apa yang telah mereka sampaikan..mmg tak sia2 la aku kuarkan RM397.00 utk hadir ke seminar diorang (dapat pengalaman sesat kat KL plak lagi tu..hehehe)..so..kawan2 kat luar sana, sekiranya membaca artikel ini..mulakan langkah pertama korang utk menjadi usahawan internet sejati!!

Kepada yang berminat utk menghadiri seminar #3 pada 18/08/2006 nanti : SILA KLIK DI SINI!!

Kepada yang nak menyertai seminar dan berminat menjadi affiliate member SaifulSham sekaligus..: SILA KLIK DI SINI!!

Apa pun yang korang buat setelah membaca artikel aku ni..aku ucapkan selamat maju jaya pada korang sumer..ADIOS AMIGOS!!!

p/s : perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama!!!

Tetamu Dari Raub

Hari ini aku didatangi tetamu dari Raub, Pahang. 3 anak muda yang masih dalam usia awal 20an..bersemangat utk menjalankan perniagaan jualan langsung..berasaskan produk susu IgG.

Kepada 3 anak muda ini..aku doakan korang success dalam perniagaan ini dan bersedialah utk menempuhi ranjau perniagaan MLM.
InsyaAllah..selagi fokus dan tentukan arah tuju..kejayaan pasti menanti korang.

Pakailah tips yang tidak seberapa dari aku tadi utk mengembangkan perniagaan korang.

Sesungguhnya yang baik itu datangya dari Allah swt dan yang kurang baik itu datangya dari diri aku sendiri. WALLAHU'ALAM..

p/s : ari ni tak sempat nak carik bahan..kena layan anak2..almaklumlah..hari Sabtu dan Ahad adalah hari aku bersama keluarga..:p

Hari ni aku tak mau berkongsi artikel ngan korang sumer..tapi apa yang nak aku kongsikan adalah senario..yang berlaku setengah jam sebelum artikel ini ditulis..

Seorang leader MLM telah menghentam aku dan seorang rakan aku hanya kerana menghadiri seminar team SaifulSham..

Dunia mmg tak pernah lari dari benda2 pelik, ajaib dan kadang2 tak boleh kita terima akal yang waras..dan kebiasaannya..mereka2 ni mmg punya agenda tersembunyi..bak kata pepatah org melayu moden..ada udang di sebalik mee..hehehe..

Apa2 pun..korang bacalah perbualan di yahoo messenger ni antara

Obito (ShaifulSham's Protege) V$ Brown Knight (Extreme MLMer)..

Instant messages are being archived on this computer.
View Full Archive (Alt+Shift+V) Archiving Preferences (Ctrl+Shift+P)



nhip2000: TBK tu ape, wadey?
nhip2000: KERJASAMA


nhip2000: thread dah start sejak smalam, kenapa blum ade reply dari ko?



Hide Recent Messages (F3)

nhip2000: aku buat thread di nogold utk Group lukman, ja'ar dan ko
nhip2000: lukman xleh online sbab pc dia rosak
nhip2000: ja'ar dah kena brainwash dgn trump palsu tu
nhip2000: ape alasan ko?
nhip2000: and don't even think of pretending that u're not there, coz i can see u typing
nhip2000: ko trus trang dgn aku skrg jugak

obito: rilek le bro...
obito: aku ngah bz ngn prospek ni...
obito: la...npe lak tetibe nk mrh ni...
obito: rilek arr...
obito: aku bz...ko thu kan....ni pun bru balik klass...
obito: sabar la bro....
obito: bkn aku tggl trus TBK...aku still wat juga....
obito: ade gk prospek aku cite...
nhip2000: aku budget kaki aku blah korg yg terkuat
nhip2000: skrg ni kaki aku paling lmah blah korg ni

obito: so ko silap plih org ker?
nhip2000: aku pilih 3 org yg aku rasa paling power kat kaki tu
nhip2000: line kiri ja'ar, line tgh lukman, line kanan ko
nhip2000: ja'ar dah kena brainwash
nhip2000: dia xmo dgr ckp aku dah
nhip2000: ko plak, smlm ckp, "ko post aku trus reply"

obito: aku ade hal...mse ko msg tu aku kene kuar...
obito: aku pun ade komitment lain nk wat...
nhip2000: Aku x pasti kedudukan ko sjak ko balik dari seminar trump palsu tu
obito: ko kene faham....aku ade keutamaan lain...
nhip2000: thread laptop tu lagi penting dari TBK???
nhip2000: kalu ko bz, aku fhm

obito: aku ngah tgk2 thread la ni...
obito: sabar la...
nhip2000: aku bersabar
obito: aku pun sempt tgk jp...tp lom smpt post...
obito: aku pkai gprs jek...
nhip2000: aku xnak gaduh dgn leader leader aku,
nhip2000: lukman, ja'ar dan ko merupakan 3 kekuatan aku
nhip2000: satu dah sakit, satu dah berubah arah...
nhip2000: ko jer yg aku ada

obito: ko xleh bergantung sepenuhnye kt aku...
obito: klau ko bergantung kt 3 org ni....BK cmner?
obito: sepatutnye BK lebih pada tu...
nhip2000: ko rasa aku x buat keje?
obito: kitorg xleh nk tumpu sepenuhnya kt sini...
nhip2000: aku dari pg td dah brape meeting?
nhip2000: aku x minta ko tumpu sepenuhnya
nhip2000: tp at least ade sokongan

obito: yup...aku still sokong ko...
nhip2000: ko ade sembang dgn lukman x?
obito: xpenah pun lgi...
obito: xdpt kontact die lansung...
nhip2000: nanT aku contact dia suruh dia online letak post
obito: same gk cm die..bkn aku sorg je...
obito: masing lom sempat nk wat post...
obito: 4matted pun bz gile skang aku tgk...

nhip2000 has signed out. (7/28/2006 11:22 AM)

obito: dh jarang wat post kt nogold...
nhip2000: ja'ar xmo buat dah
nhip2000: dia dah kena brainwash sepenuhnya
nhip2000: langsung xnak dgr ckp
nhip2000: "ko buat dulu deem, aku ade blakang ko" tu ayat dia
nhip2000: kalu budak lain berpaling tadah, aku x heran

obito: bro...aku ada goal aku jugak..ja'ar bukan kena brainwash..cuma dia dah letih ngan SCAM labelled program.Dia sendiri cakap ngan aku..nak buat duit boley tapi no future dalam bis macam yang kita duk buat skarang ni..
nhip2000: tp sahabat aku sendiri
obito: So, salah ke kalau dia nak mencari sesuatu..dan aku pun berminat..bukan atasa ajakan dia..tapipi inisiatif diri aku sendiri..
nhip2000: so ko rasa TBK pun SCAM?
nhip2000: ko pun termakan kata kata saifulsham???

obito: Terpulang la pada ko nak menilai cam mana..tapi..aku bz ngan assignment yang ada utk study aku..dan juga utk assignment team SaifulSham..harap ko paham..
obito: lor....npe ko anti sgt...
nhip2000: aku fhm
nhip2000: aku nak ko fhm satu bende

obito: pro beb...buke minda kita...
nhip2000: ko buat herbslink, kalu ko x percaya pada herbslink, camne ko nak convince org lain utk masuk???
nhip2000: sbab si saifulsham tu sdang menjatuhkan korg dari networker kpd marketer

obito: ok...klau org cm ja'ar tu...
obito: ko rase dia attend seminar tu utk trus ikut ckp diorg??
obito: die ade cara dia...
obito: sekurangnye...dia pergi seminar tu dia ade dpt sesuatu yg sebelum ni dia xthu...
obito: and aku rase dh tiba masanye dia make his own business...
nhip2000: TBK is our own business
nhip2000: ko rasa aku x terfikir nak buat website sendiri?
nhip2000: ko rasa aku xde matlamat dlm hidup, just nak lompat dari program ke program?
nhip2000: aku dgn ja'ar lain, wadey

obito: ok..klau ko pun rase nk wat biz sendiri...camtu gk dia...
obito: salah ker dia cmtu....
obito: same je kan...
nhip2000: aku berfikir 100 kali sblum aku buat keputusan utk bina TBK
nhip2000: xsama

obito: so kt sini...same je..aku ke die ke...sapep pun under TBK ingin biz diorg sendiri...
nhip2000: aku x memecahbelahkan org
obito: ko kene ingt yg TBK ni kita wat sesama kita...bukan utk BK..
obito: ur own biz....
nhip2000: aku buat TBK utk korg
nhip2000: ko yg x fhm
nhip2000: TBK satu non-profit
nhip2000: tp aku nak MENYATUKAN org
nhip2000: bukan MEMECAHBELAHKAN org
nhip2000: saifulsham ni siapa?
nhip2000: sjak bila korg kenal dia?
nhip2000: korg rasa dia tu hebat?

obito: la...npe ko asyik ckp pasal saifulsham...ko ade tak puas ati ngn diorg ker?
nhip2000: ye aku x puas hati
obito: klau ko xkata diorg hebat pun....tp diorg still ade knowlegde yg aku xde...
obito: aku respect everybody bro...
nhip2000: dua org kuat aku dah hilang kepercayaan terhadap TBK disebabkan diorg
nhip2000: and i respect people who work

obito: ko xleh nk bwak aku folow ko and buang saifulsham...
nhip2000: not money
nhip2000: aku x suruh ko buang saifulsham

obito: org cm aku still blajar...
nhip2000: tp saifulsham yg suruh ko buang aku
obito: xkire ngn sape walaupun org tu xpandai lagi dari aku...
nhip2000: ko ckp dgn aku satu bende je
obito: lor...bile lak yg saifulsham ni wat aku buang ko...
nhip2000: sblum seminar tu dan selepas seminar tu
nhip2000: ko nak aku baca ayat dia?
nhip2000: ade pada blog ja'ar
nhip2000: itu subliminal msg
nhip2000: minda separuh sedar
nhip2000: sbab tu aku ckp "brainwash"
nhip2000: ko nak aku buktikan???
nhip2000: sblum seminar tu dan selepas seminar tu

obito: ok...
nhip2000: wadey yg sblum seminar tu yakin dgn TBK
nhip2000: wadey yg selepas seminar tu boleh buat sambil lewa smpi post kat thread laptop jadi lebih penting dari TBK???

nhip2000: xpe wadey
nhip2000: stiap perjuangan ade pahit maungnya
nhip2000: dan kali ni aku terima dua panahan ke hati aku
nhip2000: ja'ar dah xde

obito: cmtu la...ko thu kan setiap perjuangan tu ade pahit nye...
nhip2000: dan keyakinan ko terhadap TBK pun dah xde
obito: so..cmtu la aku skang...
nhip2000: at least ja'ar had the decency to come clean
nhip2000: dia bgtau aku depan depan
nhip2000: ko ikutlah jadi hamba saifulsham tu
nhip2000: Allah tau niat aku baik
nhip2000: aku buat tanpa korg berdua

obito: ko ckp cmtu cm aku ni kaki folow org...
obito: aku ade prinsip beb...
nhip2000: prinsip?
obito: aku xfolow sape2...aku balajr...
nhip2000: ape prinsip ko?
obito: aku amik ilmu beb...
obito: aduhhh...
nhip2000: prinsip ialah pegang pada janji
obito: aku blajar ngn sape2 yg berilmu....
nhip2000: ilmu wajib dipelajari, walaupun ilmu hitam
nhip2000: tp ilmu hitam haram dipraktikkan
nhip2000: ko rasa trump palsu tu pembawa kejayaan ko?

obito: la..thu pun...so salah ker aku blajar??
nhip2000: dia membawa fahaman individualistik
obito: aku baru gi seminar die...ko ckp aku dah jdi hamba die...
obito: ape kes....
nhip2000: ko dah diperhambakan
nhip2000: pemikiran ko dah dijajah
nhip2000: ape ape aku ckp, ko akan rasa aku smua salah
nhip2000: ko buat keje lepas tangan
nhip2000: wadey, ko tanya aku td, adakah aku pilih org salah
nhip2000: aku x pilih org salah
nhip2000: tp org tu telah berubah
nhip2000: ja'ar dah berubah
nhip2000: dan ko pun dah berubah

obito: ok...
obito: camni la...
nhip2000: OBITO: so..cmtu la aku skang...
obito: bro nadeem...
obito: cmni la..
obito: lpas cite pnjang lebar ngn ko...tarik diri la dari TBK...
nhip2000: (clap)
nhip2000: bagus
nhip2000: bagus
nhip2000: tahniah
nhip2000: akhirnya, isi hati ko tersurat juga
nhip2000: wah saifulsham
nhip2000: ko berjaya menjadikan dua sahabat aku hambamu

obito: aku nak jadi hamba saifulsham
obito: tu pilihan aku
obito: aku tanak jadi hamba tbk
nhip2000: aku akan trus menjadi hamba Allah
nhip2000: dan aku akan jumpe ko di akhirat

obito: aku pun hamba ALLAH...xperlu ko ckp cmtu...
nhip2000: atas pembelotan ko terhadap aku
nhip2000: OBITO: aku nak jadi hamba saifulsham
nhip2000: murtad hukumnya, wadey
nhip2000: korg x tau ape impian aku utk korg berdua
nhip2000: korg tinggalkan aku kerana termakan kata kata saifulsham
nhip2000: xngapa
nhip2000: aku dtg ke dunia sorg sorg
nhip2000: aku akan mati pun sorg sorg
nhip2000: tp dosamu terhadapku, akan tetap bersamamu sehingga ke akhirat

obito: aku ade dosa ke ngn ko...
obito: ko dh jauh menyimpang ni...
obito: bawak2 la beristifar...
nhip2000: ko yg dah jauh menyimpang
nhip2000: ko berdosa pada aku
nhip2000: dosa satu pembelotan
nhip2000: satu tikaman dari belakang
nhip2000: sekurang kurangnya ja'ar tikam aku dari depan

obito: aku xpenah tikam ko...
obito: aku suport ko...
nhip2000: kalu ko bgtau aku ko nak tarik diri sblum aku mulakan thread
obito: npe la sampai cmni skali..
obito: dah la bro...
nhip2000: aku just tangguh
obito: pergi rilek...
nhip2000: ko boleh rilek, sbab ko dah lepas tangan
nhip2000: aku ade 6000 perut nak isi

obito: 6000 perut tu nk isi dlm prut ko je??
obito: prut org lain?
obito: prut org yg ke 6000 tu?
obito: ko silap pkir cmtu...
nhip2000: ko rasa aku x terfikir?
nhip2000: aku fikir

obito: aku tahu aku bru dalam ni..tp klau ko pkir cmtu...sape2 pun leh pkir...
nhip2000: sbab tu aku bina TBK
nhip2000: utk org yg ke 6000

obito: aku pun xnk org yg aku cari n'ti jdi cmtu...
nhip2000: sbab tu aku tubuhkan TBK wadey
nhip2000: org yg ke 6000 akan dibantu oleh 5999 org

obito: sebenarnye..klau ko tgk..TBK tu same ja klau kt mane pun...
obito: group tu sentiasa ade bro...
obito: itu hukum alam...
nhip2000: x sebesar ni
nhip2000: x sehebat ni
nhip2000: ko tgk sekali pandang ko akan nampak pakar pakar dalam bidang masing masing
nhip2000: bersedia memberi komitmen
nhip2000: tp ko xkan pandang

obito: ok...good luck kpd yg memberi komitment...
nhip2000: sbab ko hanya nampak aku sbg org jahat
nhip2000: it's got nothing to do with luck

obito: aku xnmpk ko cmtu...ko nmpk aku cmtu...
nhip2000: its hard work
nhip2000: OBITO: 6000 perut tu nk isi dlm prut ko je??
nhip2000: ko ingat aku buat TBK utk makan sorg sorg?
nhip2000: kalu aku nak makan sorg sorg, aku duk diam jer, buat empowerism dgn derek bohlken, mkn sorg sorg aku
nhip2000: TBK bukan impian derek
nhip2000: TBK impian aku
nhip2000: untuk mejana pendapatan untuk setiap networker
nhip2000: ko nak tgk ape matlamat TBK?
nhip2000: Help save a life...

http://www.moneymakergroup.com/index.php?showtopic=92996
nhip2000: aku xnak reveal kat korg lagik, tp matlamat TBK ialah TBK foundation
nhip2000: dalam nya akan ade BKLF ni
nhip2000: dan BKEF
nhip2000: dan BKHAF
nhip2000: dan BKOWF
nhip2000: itu matlamat aku
nhip2000: bukan untuk mengisi perut aku
nhip2000: saifulsham ajar ko yg aku buat smua ni utk kaya sorg sorg aku...
nhip2000: dan ko percaya
nhip2000: ko langsung x kenal Brown Knight
nhip2000: fikir sendiri...
nhip2000: wassalaam

obito: thanks...
obito: salam...


Kesimpulan yang dapat aku buat adalah..Brown Knight cuba memanipulasi nama 3 org leader dibawahnya utk melonjakkan namanya agar dikenali ramai..hmmm..macam2 perangai manusia ni kan..

Apa pun..Malaysia adalah negara bebas dan setiap individu bebas memilih arah tuju masing2..tak la sampai kita attend seminar internet marketer maka kita akan jadi hamba mereka..situasi mungkin akan berubah bila kita di network marketing ala2 MLM..bekerja keras utk kekayaan leader..(jadik hamba la tu kan?..hehehe..)..komen diperlukan utk kes ini..APA KATA SURVEY???

Dalam nak mencari idea dan memulakan kickstart dalam perniagaan internet ni..aku suka berjalan dan merayau2 di blog otai2 kat luar sana..maka terjumpa la 1 lagi artikel yang aku raser perlu disebarkan dan dikongsi bersama...

So, kengkawan..layan....moga2 dengan adanya artikel macam ni..akan menambah pengetahuan kita dalam nak memulakan apa2 jua langkah berkaitan perniagaan di internet..

Ebay Malaysia : Jaguh Kampung Dialu-alukan

Ogos ini Ebay akan menaikkan yuran penyenaraian kedainya dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan Internet, usahlah ke sana dahulu. Asah kemahiran menjual anda di Ebay Malaysia yang percuma dahulu (dan jangan lupa Lelong.com.my lokasi piihan pembida Malaysia), kemudian apa bila anda sudah buat duit sedikit2 barulah move ke arah laman web sendiri ataupun pelan menakluk Ebay antarabangsa.

Ebay Vs Lelong?

Soalan popular. Satu ketika dalam kembara internet kami, Ebay pernah dilanda Tsunami Trafik (ketika mereka bermula). Jika anda list barangan yang sama di Ebay dan Lelong ketika itu, harga di Ebay pasti lebih tinggi.Ini kerana mereka mendapat exposure dari suratkhabar-suratkhabar The Star dan NST saban minggu yang menulis mengenai betapa akhirnya Lelong.com.my akan lenyap ditelan Ebay. (jangkaan yang salah). Jadi trafiknya agak aktif dan tinggi.

Namun kini, agak payah untuk membaca mengenai Ebay Malaysia di akhbar-akhbar (melainkan ada berita penjual online VCD cetak rompak & VCD lucah ditangkap), dan pengunjung kedua-dua site bergantung kepada mereka yang sudah familiar. Dalam hal ini, saya dapat lihat pengunjung di Lelong lebih aktif.

Namun sebagai penjual, serbu sahaja kedua-duanya. Test sendiri, anda bukan perlu bayar pun!

Kos di Store Ebay Antarabangsa (Ebay.com)

Berbalik kepada Ebay antarabangsa tadi, setelah kos dinaikkan, penjual perlu membayar lebih kepada Ebay. Kepada mereka yang sudah berpengalaman menjual, ini akan mengurangkan keuntungan mereka, namun kepada mereka yang tidak tahu apa2, bersedialah untuk disembelih!

Kos Sebelum Ini

Harga Permulaan bawah US$25= 2 cents

Harga Permulaan atas US$25= 2 cents

Kos Akhir= 8% dari harga akhir

Kos Selepas Ini

Harga Permulaan US$25 ke bawah = 5 cents

Harga Permulaan US$25 ke bawah = 10 cents

Kos Akhir= 10% dari harga akhir

Efek Kepada Penjual

Jika anda menjual sebuah produk berharga US$24, sebelum ini yuran yang anda perlu bayar cuma US$ 1.94, namun selepas Ogos ini, anda perlu membayar US$ 2.45

Jika anda berjaya menjual sebuah produk berharga US$ 100, sebelum ini anda perlu bayar cuma US$ 5.02, kini anda perlu membayar US$7.10

Jadi, perhatikan profit margin anda baik-baik. Jangan sampai ditelan oleh kenaikan yuran ini. (shipping pun anda kena jaga juga)

*Ini belum termasuk komisen Paypal ya dan juga kos bulanan untuk maintain Ebay Store tersebut…

Dan lazimnya, di Ebay Store anda tidak list satu atau dua produk, mereka list banyak sekali. Jadi? Wah, ini untuk Ebay Store, untuk penyenaraian biasa, anda perlu bayar lebih untuk penyenaraian, tetapi tiada bayaran bulanan. Mungkin di lain episod saya akan ceritakan risikonya.

Kesimpulannya

Bertatih sebelum berlari. Sabtu lepas di Jaya Jusco Ipoh saya menemui seorang pakcik yang tersenyum kepada saya ketik. Saya assume beliau tidak tahu apa2 mengenai perniagaan Internet, rupa-rupanya beliau aktif menjual barangan di rumah beliau yang tidak lagi digunakan.

Sabri: Ada pembeli tak pakcik?

Pakcik A: Ada, bolehlah buat bayar bil.


Seorang abang yang macho lagi tough yang berada di sebelah pakcik tersebut terganga kegaguman (betul ni, saya nampak sendiri) kerana pakcik yang kurus kelinking dan sungguh tidak berpotensi untuk menjadi peniaga internet itu berjaya buat duit dari internet mengalahkan beliau.

Kesimpulannya:

Buat duit dari internet tak semestinnya berdigit-digit. Kalau dapat bayar bil elektrik, air dan telefon setiap bulan, that’s a good start. Dan, start locally dulu di laman-laman lelongan tempatan. Offer a good prices, and you will be amazed by the response.

Start Small, Finish Big


Ok..kengkawan..moga2 artikel ini memberi manfaat pada kita semua..ADIOS!!

p/s : sumber artikel dipetik dari SaifulSham.com

Tgh2 mandi aku dapat 1 idea..utk turn my hobby menjadi business..(hehehe..korang pun mesti ada hobby gak kan..?)..

Apa hobby aku? Hehehehe..tunggu kehadiran blog aku yang ke-2..aku raser idea turn hobby to business ni dah ramai org buat..tapi aku tetap nak cuba dan kongsi hobby aku ngan korang sumer..anggap jek la ini bakal menjadi 1st projek aku setelah menghadiri seminar RBDDI.

Blog ke-2 aku nanti totally in English dan bagi mereka2 yang mempunyai hobby yang sama ngan aku..bolehlah bookmark blog tu nanti..

Sekarang ni aku dalam proses mencari segala video, gambar, artikel dan tips utk aku kongsikan ngan korang dalam blog tu nanti. Aku juga akan letakkan adsense di blog tu nanti..(yang berkaitan ngan hobby tu la..).

Yer la..sementara nak tunggu aku pilih 'niche' produk dan nak up web site perniagaan aku..adalah lebih baik aku 'value added'kan masa aku yang banyak terluang ni..mana la tau..kot2 meletup..aku gak yang senang nanti..:p

So, don't worry..dan keep on singgah ke blog aku ni..aku akan update sesaper yang nak kongsi hobby ngan aku nanti..dan kita start our own business dengan benda2 yang kita suka buat di masa lapang (kadang2 tader masa lapang pun curik2 gak..sebab dah jadi hobby kan..?)..

Aku raser tu jek dulu tulisan utk ari ni..banyak gak benda nak kena buat ni..tapi takper..panduan dah ada..cuma perlu ikut dengan berdisiplin jek.. Jangan lupa..terus singgah dan tunggu announcement dari aku..bila blog tu nanti dah siap sepenuhnya. Till then.. CAU CIN CAU ..

p/s : to obito - banyak keje kita nih..selalu2 la online yer..hehehe