Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Blog2 Pilihan

Sekarang aku mempunyai banyak pilihan bahan rujukan dalam meniti perjalanan menjadi usahawan internet berjaya. InsyaAllah..jika segalanya berjalan dengan lancar..pengumuman laman web pertama aku akan di beritahu dalam sedikit masa lagi..(itupun kalau apa yang aku rancang menjadi kenyataan..), sama2 la kita berdoa yer..

Ari ni aku betul2 sibuk dalam mencarik sumber2 utk aku merealisasikan impian aku..dan aku ingin kongsikan ngan korang sumer beberapa blog yang banyak menjadi sumber inspirasi aku setakat ini..


1. Blog SaifulSham

Blog kepunyaan mentor aku. Penulis buku Buat Duit Dengan Internet yang laris di pasaran. Team SaifulSham adalah terdiri daripada 2 anak muda Melayu yang dinamik dan berwawasan yang bersedia membantu bakal2 usahawan yang nak mengorak langkah sebagai usahawan internet sejati.. Blog ini adalah dalam Bahasa Malaysia. So, jangan lupa utk bookmark blog ini..kegagalan utk bookmark blog ni..bakal merugikan korang..(kalo betul2 nak jadik usahawan internet la kan..:p).

2. Blog Smartusaha

Antara blog yang mendapat 2 thumbs up dari aku. Smartusaha mmg gigih menulis sebagai sumber/bahan rujukan newbies macam aku nih. Tak lokek ilmu dan sentiasa memberi tips terbaik utk merealisasikan impian sesaper jua yang nak berkecimpung dalam dunia perniagaan internet. Terima kasih saudara Zul..tulisan ko mmg banyak membantu aku..;)

3. Blog Irfan Khairi

Saper yang tak kenal dengan Irfan Khairi kan..anak melayu pertama yang jadi jutawan hanya dengan berniaga di internet. Penulis buku Rahsia Internet. Irfan Khairi telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom atas usahanya mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi baru Malaysia dalam bidang perniagaan Internet.

Irfan Khairi menerima Young Innovation Award 2006 yang membawa gelaran 'DOKTOR'. Lepas ni kena panggil Dr. Irfan Khairi la yer.. Syabas Doc.. Blog ini juga dalam Bahasa Malaysia. Banyak tips dan ilmu yang korang boleh dapat dari sini..

4. Blog Zamri Nanyan

Blog ini hasil tulisan antara internet marketer yang dah established kat negara kita nih. Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan Zamri Nanyan, tapi sebenarnya..bagi netpreneur..nama Zamri Nanyan mmg dah tak asing lagi dan sentiasa menjadi sebutan warga netpreneur. Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan banyak tips2 serta panduan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan internet.

5. Blog Gobala Krishnan

1 lagi blog yang mmg sentiasa menjadi bahan rujukan netpreneur. Gobala Krisnan adalah penulis Chapter M - Penyelesaian Kepada Masalah Paypal dan Clickbank di Malaysia. Gobala juga adalah antara internet marketer yang berjaya di negara ini..Blog ini juga dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya..


Jadi kengkawan, ambil la peluang utk explore semua blog yang dah aku list kan di atas yer. Antara sebab kenapa bangsa kita kurang berdaya saing adalah disebabkan budaya malas membaca. So, tukarlah budaya tu dengan mula membaca hari ini (baca akhbar dan majalah hiburan tak diambil kira yer..). Semoga ia membantu korang dalam perjalanan menjadi Usahawan Internet Sejati..!

Mulakan Langkah Pertama Menjadi Usahawan Internet..!!

1 comments:

At 1:02 AM Anonymous said...

ok broo.. tq share d info.. boleh aku godek2 apa yg menarik dlm tu.. ehehe.. tgh x ada idea nk menulis ni.. ada skit update dlm blog aku.. klu ada masa sila la lawat yer.. ehe

 

Post a Comment