Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Korang masih ingat tak ngan Bitol a.k.a Hafiz Latib?

Ala...designer utk team C3 tu..haaaa..ingatkan..? Utk pengetahuan korang..Bitol dah pun melancarkan program affiliate terbaru yang diberi nama MalaysiaPal.com

Program affiliate ni adalah program yang akan membantu kita semua dan mengajar 3 langkah mudah, selamat dan terbukti berkesan utk mengeluarkan wang dari akaun PayPal dalam masa hanya 3 hari!!!

Huh..memang pelik si Bitol ni berniaga..dah la program affiliate ni nanti bagi e-book percuma..sejurus lepas daftar sebagai affiliate pun dah dapat bonus RM5.00!!! Kenapa??? X percaya??? Lebih baik korang percaya..sebab aku dah pun dapat RM5.00 tuh dalam akaun aku..( terima kasih Bitol ;) )

So, bagi yang selama ini tercari2..bagaimana kaedah nak menukarkan PayPal kepada tunai..jgn berlengah lagi..mendaftar sebagai affiliate sekarang kerana pada 5 hb September nanti (hari pelancaran MalaysiaPal), Bitol akan memberi korang semua link utk download e-book berkaitan PayPal ni secara percuma..!!

Apa tunggu lagi???

Daftar di sini sekarang!!!

Ari ni aku dah pun siap memasukkan artikel ke dalam laman web pertama aku iaitu www.powerinfos.com

Laman web aku ni lebih kepada laman web yang menyalurkan maklumat2..dalam banyak kategori..pendek kata..kalo korang nak carik maklumat..boleh la ke laman web aku ni..dan aku telah pun memohon akaun google adsense utk aku letakkan adsense di laman tu nanti..

InsyaAllah..esok mungkin aku dah boleh letakkan adsense di www.powerinfos.com

Nantikan laman web ke 2 dari aku..dan bagi sesaper yang nak berkongsi minat ngan aku..bolehlah mendaftar sebagai ahli di laman web ke 2 aku tu nanti..apa addressnyer???

TUNGGU..!!

Lama X Update

Assalamualaikum sumer..adesss..lama betul aku tak update blog nih..sibuk + ketandusan idea..tu adalah perkara biasa yang dialami oleh setiap blogger..:p..ok..ari ni aku tader la nak tulis apa2 sangat memandangkan aku baru jek selesai menganjurkan 1 kejohanan snooker, maka aku nak la berkongsi gambar pada hari kejohanan tuh ngan korang sumer..

Sesaper yang nak tgk tu boleh la klik kat sini yer..

InsyaAllah..bermula minggu ni..aku akan mula aktif dalam mengemaskini blog aku ni..till then..assalamualaikum..

Cau..Cin..Cau..

Adsense

Adsense terima laman web dan blog Berbahasa Melayu!

Tu tajuk kat blog salah sorang rakan aku.. Kalau la betul seperti apa yang dinyatakan..hmm..senang la skit kan..hehehe..almakumlah..aku ni bukan la bagus sangat dalam penulisan Bahasa Inggeris..nak cakap Bahasa Inggeris dan nak paham mmg tader masalah..bab menulis ni..hehehe..(aku raser ramai gak yang ada masalah cam aku ni kan..:p).

So..sama2 la kita berharap agar berita ni sahih dan benar ya..at least..sesaper yang tak pandai nak menulis dalam Bahasa inggeris pas ni, masih ada peluang nak buat duit ngan Adsense..sesama kita tunggu..

..berita lanjut..klik sini..

ADIOS AMIGOS..!!

Ok kengkawan..hari ni aku nak bagi korang e-book mengenai adsense.. Banyak tips dan rahsia ttg adsense kat dalam ni..ehehehe..e-book ni bukan aku yang tulis yer..tapi En. Sham RajaAdsense yang tulis..aku cuma menyampaikan sedikit bahan utk korang buat rujukan ( sesaper yang berminat ngan adsense boleh la baca). Tapi ini hanya sedikit intro..kalo korang nak maklumat yang lebih terperinci..sila ke laman web RajaAdsense sendiri dan korang boleh beli e-book tersebut pada harga RM40.00 je.

Kepada yang berminat, download kat bawah ni..

1. Rahsia & Tips

2. Tag & Ping


E-book ini dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya..


Selamat Membaca!!!

Blog2 Pilihan

Sekarang aku mempunyai banyak pilihan bahan rujukan dalam meniti perjalanan menjadi usahawan internet berjaya. InsyaAllah..jika segalanya berjalan dengan lancar..pengumuman laman web pertama aku akan di beritahu dalam sedikit masa lagi..(itupun kalau apa yang aku rancang menjadi kenyataan..), sama2 la kita berdoa yer..

Ari ni aku betul2 sibuk dalam mencarik sumber2 utk aku merealisasikan impian aku..dan aku ingin kongsikan ngan korang sumer beberapa blog yang banyak menjadi sumber inspirasi aku setakat ini..


1. Blog SaifulSham

Blog kepunyaan mentor aku. Penulis buku Buat Duit Dengan Internet yang laris di pasaran. Team SaifulSham adalah terdiri daripada 2 anak muda Melayu yang dinamik dan berwawasan yang bersedia membantu bakal2 usahawan yang nak mengorak langkah sebagai usahawan internet sejati.. Blog ini adalah dalam Bahasa Malaysia. So, jangan lupa utk bookmark blog ini..kegagalan utk bookmark blog ni..bakal merugikan korang..(kalo betul2 nak jadik usahawan internet la kan..:p).

2. Blog Smartusaha

Antara blog yang mendapat 2 thumbs up dari aku. Smartusaha mmg gigih menulis sebagai sumber/bahan rujukan newbies macam aku nih. Tak lokek ilmu dan sentiasa memberi tips terbaik utk merealisasikan impian sesaper jua yang nak berkecimpung dalam dunia perniagaan internet. Terima kasih saudara Zul..tulisan ko mmg banyak membantu aku..;)

3. Blog Irfan Khairi

Saper yang tak kenal dengan Irfan Khairi kan..anak melayu pertama yang jadi jutawan hanya dengan berniaga di internet. Penulis buku Rahsia Internet. Irfan Khairi telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom atas usahanya mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi baru Malaysia dalam bidang perniagaan Internet.

Irfan Khairi menerima Young Innovation Award 2006 yang membawa gelaran 'DOKTOR'. Lepas ni kena panggil Dr. Irfan Khairi la yer.. Syabas Doc.. Blog ini juga dalam Bahasa Malaysia. Banyak tips dan ilmu yang korang boleh dapat dari sini..

4. Blog Zamri Nanyan

Blog ini hasil tulisan antara internet marketer yang dah established kat negara kita nih. Mungkin ramai yang masih belum kenal dengan Zamri Nanyan, tapi sebenarnya..bagi netpreneur..nama Zamri Nanyan mmg dah tak asing lagi dan sentiasa menjadi sebutan warga netpreneur. Blog ini dalam Bahasa Inggeris dan banyak tips2 serta panduan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan internet.

5. Blog Gobala Krishnan

1 lagi blog yang mmg sentiasa menjadi bahan rujukan netpreneur. Gobala Krisnan adalah penulis Chapter M - Penyelesaian Kepada Masalah Paypal dan Clickbank di Malaysia. Gobala juga adalah antara internet marketer yang berjaya di negara ini..Blog ini juga dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya..


Jadi kengkawan, ambil la peluang utk explore semua blog yang dah aku list kan di atas yer. Antara sebab kenapa bangsa kita kurang berdaya saing adalah disebabkan budaya malas membaca. So, tukarlah budaya tu dengan mula membaca hari ini (baca akhbar dan majalah hiburan tak diambil kira yer..). Semoga ia membantu korang dalam perjalanan menjadi Usahawan Internet Sejati..!

Mulakan Langkah Pertama Menjadi Usahawan Internet..!!

Aku nak perkenalkan 1 lagi laman web yang boleh bantu korang dalam nak mencarik idea bisnes apa yang korang nak buat..

Laman yang aku maksudkan tu adalah laman web IdeaBisnesLuarBiasa.com milik En. Mohamad Tazilan Bin Hj. Ibrahim, salah seorang internet marketer yang sedang meningkat naik di negara kita ini.

Kengkawan sekelian..IdeaBisnesLuarBiasa.com juga menyediakan program affiliate kepada sesiapa jugak yang berminat utk menjadik agen jualan IdeaBisnesLuarBiasa.com

Korang boleh mendaftar di sini utk mula menjadik agen affiliate IdeaBisnesLuarBiasa.com

Jangan berlengah lagi..mulakan jualan korang sekarang..!!

untuk keterangan lanjut..korang boleh layari laman www.ideabisnesluarbiasa.com

Happy selling!!!

Masih Keliru

Baru sebentar tadi, aku dapat 1 email dari seorang lagi rakan aku dari Kuantan, Pahang.(sebenarnya beliau lebih kepada sifu aku semasa aku dalam dunia MLM suatu masa dulu). Aku nak kupas skit mengenai email yang dihantar pada aku.. Disertakan email beliau utk rujukan korang..

HI,

If you ARE an Internet marketer...

You got to check this.....

As an Internet marketer, you already realize that you cannot do without the tools that we offer. More than likely, you are already utilizing these tools at other websites. The problem is that these websites fall into one of a few categories:
They only offer one of these tools, which means that you have to purchase all the other tools elsewhere, thereby paying more.

They offer only a few of these marketing tools, which means that you have to purchase the remaining tools elsewhere, thereby paying more.

They offer all the tools we offer, but their list of features is so stripped that the tools are practically useless. This means that if you want your marketing efforts to produce results, you have to get the feature-rich tools elsewhere, thereby paying more.
As said already, we are the only solution online that provides all of these products as feature-rich tools to help you maximize your income potential.
Even if you're NOT an Internet marketer...
Whether you're an Internet marketer or not, you will surely like what I've got to say next.
Internet Marketing Plus (IMP) offers the best income opportunity available online. Well, let me rephrase that. We offer the best legal income opportunity available online. You can rest assured that the money you will make from our system is made the right way, the legal way.
With our Dream Wealth system, we've provided a setup that allows you to make 6 figures (over $100,000) in only three (3) months. And with our weekly payout plan, you don't have to wait an entire month to start seeing the results.

It is free to join and you can learn what they can do online....

Click below the link to find out more....

http://www.imarketingplus.net/?sponsor=freedom



Sebenarnya, masih ramai yang keliru dengan penggunaan istilah 'internet marketer'..bagi aku, seorang internet marketer adalah org yang menjual melalui laman web dan memasarkan produknya ke seluruh dunia..tapi internet marketer dalam konteks email ini ialah..sesiapa sahaja..yang mencarik wang/pendapatan melalui internet..tak kiralah sama ada mereka menyertai program binary, matrix, doubler, autosurf ataupun hyip..
Hmmm..susah gak yer..dan program yang ditawarkan dalam email ini ialah program MATRIX..!!! (on paper mmg cantik perjalanan matrix nih, pelaksanaan belum tentu..hehehehe)

Tak dinafikan 1 ketika dulu, aku juga adalah seorang yang sentiasa mengintai peluang..pantang ada program 'money machine' di internet..aku antara org terawal yang akan dapat tahu..tapi kesudahannya program2 ini akan berakhir dengan SCAM..maaf aku tidak mengatakan semua program adalah SCAM, cuma kebanyakan dari program tersebut akan menjurus ke arah SCAM. Setelah terus2an kecundang..aku ambil keputusan utk mendalami ilmu peniagaan internet dengan individu2 yang dah pun established namanya sebagai internet marketer di Malaysia.

Jadi kengkawan sekelian..berhati2lah ngan email sebegini yang biasanya mmg dicipta oleh pakar2 utk mengelirukan kita semua..Apa2 pun..pilihan masih di tangan korang..seandainya masih terus2an mau mengikuti program2 sebegini..tiada siapa boleh menghalang..cuma..berpijaklah di bumi nyata..tiada kejayaan datang dengan mudah..

RENUNGKANLAH..!!

1 lagi artikel dari jutawan internet Dr. Irfan Khairi yang nak aku kongsikan ngan korang sumer..semoga artikel ini..membantu korang dalam nak membuat keputusan utk menyertai mana2 program online investment..


Bagaimana Caranya Menghindar Dari JERAT Online SCAM

oleh : Irfan Khairi

Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada ‘anonymity’ iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena SCAM mungkin mengatakan “Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja”. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang”. Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com


So, bagi korang kat luar sana..jgn mudah terpengaruh ngan sms/email/surat layang yang korang terima..yang mengaitkan nama2 individu yang dah berjaya dalam dunia perniagaan internet ni..Berfikirlah dengan bijak..

TERSERAH ANDA...!!