Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

MalaysiaPal Affiliate Program

Ari ni aku dapat email dari Bitol, berkenaan ngan program affiliate MalaysiaPal tuh..korang baca sendiri la yer..:p

Good day everyone!

Pada mulanya saya bercadang untuk menulis hanya kepada affiliates
sahaja tetapi memandangkan terlalu ramai, beratus-barus yang menghantar
e-mail kepada saya bertanyakan bagaimana sistem affiliate saya berfungsi,
jadi sebaiknya saya menghantar kepada semua sekali subscriber saya.

Saya ingin tegaskan di sini, saya tidak menjalankan sebarang sistem
"skim cepat kaya". Saya membuat affiliates untuk membantu 2 belah pihak,
kepada anda dan kepada satu syarikat sendirian berhad. Diharap anda
tidak membuat sebarang tanggapan negatif tentang niat yang saya buat.

Saya umpama anda juga, bayangkan jika beratus-ratus e-mail yang anda
dapat, lagi-lagi soalan yang terlalu remeh dan mampu dicari di Google dan
Yahoo, sebagai manusia normal, saya tidak mampu untuk menjawab
kesemuanya. Jadi, saya ingin meminta maaf jika saya tidak dapat mengikut
kehendak anda.

OK, cukuplah sebagai keluhan saya pada pagi ini. Biar saya ceritakan
bagaimana affiliates saya berfungsi pula.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mempromosikan laman web
MalaysiaPal kepada rakan-rakan anda, pelawat-pelawat blog, pelawat laman web
dan sebagainya menggunakan affiliate link yang akan diberikan. Anda akan
mempromosikan kepada mereka e-book percuma ini sahaja dan setiap
pembelian yang telah dibuat, anda akan mendapat komisen sebanyak RM10.00 dan
setiap pendaftaran affiliate terbaru di bawah anda yang berjaya membuat
jualan, anda akan diberikan komisen tambahan sebanyak RM2.50.

Maka, anda akan mendapat RM10.00 bagi setiap jualan yang anda buat +
RM2.50 daripada affiliate di bawah anda.

Bukan itu sahaja, saya juga akan memberikan anda sebanyak RM5.00 hanya
untuk mendaftarkan diri sebagai affiliate saya!

Baiklah, biar saya terangkan bagaimana sistem affiliate saya berfungsi.

• Selepas anda mendaftarkan diri sebagai affiliate, anda akan diberikan
satu link affiliate MalaysiaPal. Link affiliate anda akan membawakan
pelawat-pelawat anda ke laman utama MalaysiaPal.

• Apabila mereka mendaftarkan nama dan emel untuk menerima bonus-bonus
yang saya berikan, nama-nama tersebut akan dihantar kepada sebuah
syarikat sebagai rekod mereka.

• Jika ada jualan melalui affiliate link anda, anda akan diberikan
komisen seperti yang telah diterangkan di atas, RM10 daripada affiliate
link anda dan RM2.50 bagi affiliate di bawah anda.


Ingin saya tegaskan di sini, saya hanya memberikan info percuma sahaja
di dalam e-book ini. Saya telah bersemuka dengan beberapa orang
usahawan Internet berpengalaman, dan ada bertaraf dunia dan hasilnya tentang
e-book ini ialah positif.

Di sini juga saya ingin nyatakan yang saya tidak akan berkompromi
dengan mana-mana affiliates yang menjalankan aktiviti SPAM. Saya telah
delete dan ban IP beberapa affiliates yang melanggar penjanjian semasa
mendaftar sebagai affiliate. Ini demi menjaga nama baik saya dan nama baik
MalaysiaPal.

Diharap dengan e-mail yang agak panjang ini dapat menghuraikan segala
persoalan yang timbul.
Terima kasih.

Hafiz Latib


Dah baca? Dah faham? Apa tunggu lagi?? Register kat sini!!! Register sebagai affiliate terus dapat bonus RM5.00, belum buat keje lagik tuh..huhuhu..apa tunggu lagik?

Daftar jangan tak daftar..
;)

0 comments:

Post a Comment