Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Ni aku petik artikel dari Harian Metro ari nih..korang baca la yer..

Edisi KL: 'Datuk 888' diberkas
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
zzawawi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar `Datuk 888’ yang ditahan bersama tujuh rakannya kerana disyaki menipu orang ramai melalui pelaburan dalam dana Swiss Cash membabitkan kerugian kira-kira RM20 juta, mempunyai lima kereta mewah bernilai `jutaan ringgit’.


Datuk berkenaan terkenal dengan panggilan Datuk 888 berikutan tiga keretanya jenis Mercedes Sport dan BMW menggunakan nombor pendaftaran 888 yang membawa maksud kekayaan mengikut kepercayaan orang Cina.

Semua mereka ditahan dalam operasi khas awal pagi semalam oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menurut sumber, Datuk 888 itu mempunyai lima kereta mewah dipercayai hasil penipuan yang dilakukan bersama kumpulannya sejak dua tahun lalu tetapi tidak disedari pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas menerima lebih 40 aduan polis yang dilakukan mangsa berhubung penipuan pelaburan dalam dana Swiss Cash melalui internet pihak berkuasa melancarkan operasi memburu.

Sumber berkata, sindiket terbabit menjalankan kegiatan itu sejak dua tahun lalu itu menggunakan ejen untuk memerangkap mangsa berikutan alamat pejabatnya didaftar di luar negara.

“Datuk itu juga mempunyai rumah banglo di Sri Kembangan tetapi polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah menahan reman lapan lelaki termasuk yang bergelar Datuk selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dalam dana Swiss Cash membabitkan kerugian kira-kira RM20 juta.

Majistret Azniza Mohd Ali mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan semua suspek yang berumur antara 26 dan 58 tahun itu ditahan sehingga 7 Oktober ini.

Dalam kes itu, dipercayai lebih daripada 40 pelabur menjadi mangsa termasuk peguam, jururunding, juruteknik dan seorang pegawai tinggi kerajaan.

Dana Swiss Cash adalah pelaburan secara internet yang dilaksanakan Swiss Mutual Fund, syarikat pengurusan dana yang didakwa didaftarkan di luar negara.

Peluang pelaburan dalam dana itu ditawarkan melalui Internet dan tempatan.


Kalo nak tau berita lanjut..kita sama2 tunggu berita jam 8 malam nanti..sure jd tajuk utama..

Chow..Chin..Chow..

0 comments:

Post a Comment