Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Lagi Kes Penderaan Warga Asing

Aku terpanggil untuk menulis tentang penderaan warga asing leh majikan kat negara kita nih..

Agaknya mereka sumer nih nak kembali ke zaman batu...X berperikemanusiaan langsung..
Kesian..tuh jek yang boleh aku sebut di atas kes Samerin yang terpaksa menggadai nyawa turun dari tingkat 16 hanya semata2 nak selamatkan diri dari majikan yang berhati binatang! Sadis betul la..

Ni antara tulisan mengenai perkembangan penderaan kat negara kita nih..

Senarai hitam seumur hidup
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Majikan yang terbabit dengan kes penderaan mungkin akan disenaraihitamkan seumur hidup daripada mendapat pembantu rumah bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan kesalahan seumpama itu.

Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, berkata pihaknya boleh mencadangkan perkara berkenaan kepada Bahagian Pekerja Asing jabatan itu supaya tindakan terbabit dapat dilaksanakan.

“Jika majikan berkenaan dibuktikan terbabit dalam kes penderaan atau memberi layanan buruk terhadap pembantu rumahnya, kita akan mencadangkan nama mereka untuk disenaraihitamkan.

“Ini bermakna mereka tidak boleh mengupah pembantu rumah sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad menuruni tingkat 16 sebuah kondominium di Sentul Indah, Kuala Lumpur, kelmarin dengan mengikat beberapa pakaiannya untuk dijadikan tali dalam cubaan melarikan diri daripada majikan.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, wanita berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Shamelin dipercayai mangsa dera majikannya hanya mampu turun ke tingkat 13 berikutan ketakutan.

Mangsa kemudian diselamatkan dengan menggunakan tali sebelum dibawa masuk melalui tingkap rumah di tingkat 12 kondominium berkenaan.

Pembantu rumah yang mula bekerja di situ sejak Februari lalu, dipercayai dipukul majikannya dan tidak dibenarkan menjamah nasi jika melakukan kesalahan.

Beliau berkata, sebelum ini, seorang majikan di Dengkil, Selangor sudah disenaraihitamkan seumur hidup selepas didapati mendera pembantu rumahnya.

Mengulas mengenai kes Shamelin, Ishak berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai penguat kuasanya di Sentul menyiasat latar belakang majikan berkenaan.


Hmmm...ntahlah..semakin pelik dunia skang nih..

0 comments:

Post a Comment