Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Jom Baca & Tambah Ilmu..

Dalam nak mencari idea dan memulakan kickstart dalam perniagaan internet ni..aku suka berjalan dan merayau2 di blog otai2 kat luar sana..maka terjumpa la 1 lagi artikel yang aku raser perlu disebarkan dan dikongsi bersama...

So, kengkawan..layan....moga2 dengan adanya artikel macam ni..akan menambah pengetahuan kita dalam nak memulakan apa2 jua langkah berkaitan perniagaan di internet..

Ebay Malaysia : Jaguh Kampung Dialu-alukan

Ogos ini Ebay akan menaikkan yuran penyenaraian kedainya dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan Internet, usahlah ke sana dahulu. Asah kemahiran menjual anda di Ebay Malaysia yang percuma dahulu (dan jangan lupa Lelong.com.my lokasi piihan pembida Malaysia), kemudian apa bila anda sudah buat duit sedikit2 barulah move ke arah laman web sendiri ataupun pelan menakluk Ebay antarabangsa.

Ebay Vs Lelong?

Soalan popular. Satu ketika dalam kembara internet kami, Ebay pernah dilanda Tsunami Trafik (ketika mereka bermula). Jika anda list barangan yang sama di Ebay dan Lelong ketika itu, harga di Ebay pasti lebih tinggi.Ini kerana mereka mendapat exposure dari suratkhabar-suratkhabar The Star dan NST saban minggu yang menulis mengenai betapa akhirnya Lelong.com.my akan lenyap ditelan Ebay. (jangkaan yang salah). Jadi trafiknya agak aktif dan tinggi.

Namun kini, agak payah untuk membaca mengenai Ebay Malaysia di akhbar-akhbar (melainkan ada berita penjual online VCD cetak rompak & VCD lucah ditangkap), dan pengunjung kedua-dua site bergantung kepada mereka yang sudah familiar. Dalam hal ini, saya dapat lihat pengunjung di Lelong lebih aktif.

Namun sebagai penjual, serbu sahaja kedua-duanya. Test sendiri, anda bukan perlu bayar pun!

Kos di Store Ebay Antarabangsa (Ebay.com)

Berbalik kepada Ebay antarabangsa tadi, setelah kos dinaikkan, penjual perlu membayar lebih kepada Ebay. Kepada mereka yang sudah berpengalaman menjual, ini akan mengurangkan keuntungan mereka, namun kepada mereka yang tidak tahu apa2, bersedialah untuk disembelih!

Kos Sebelum Ini

Harga Permulaan bawah US$25= 2 cents

Harga Permulaan atas US$25= 2 cents

Kos Akhir= 8% dari harga akhir

Kos Selepas Ini

Harga Permulaan US$25 ke bawah = 5 cents

Harga Permulaan US$25 ke bawah = 10 cents

Kos Akhir= 10% dari harga akhir

Efek Kepada Penjual

Jika anda menjual sebuah produk berharga US$24, sebelum ini yuran yang anda perlu bayar cuma US$ 1.94, namun selepas Ogos ini, anda perlu membayar US$ 2.45

Jika anda berjaya menjual sebuah produk berharga US$ 100, sebelum ini anda perlu bayar cuma US$ 5.02, kini anda perlu membayar US$7.10

Jadi, perhatikan profit margin anda baik-baik. Jangan sampai ditelan oleh kenaikan yuran ini. (shipping pun anda kena jaga juga)

*Ini belum termasuk komisen Paypal ya dan juga kos bulanan untuk maintain Ebay Store tersebut…

Dan lazimnya, di Ebay Store anda tidak list satu atau dua produk, mereka list banyak sekali. Jadi? Wah, ini untuk Ebay Store, untuk penyenaraian biasa, anda perlu bayar lebih untuk penyenaraian, tetapi tiada bayaran bulanan. Mungkin di lain episod saya akan ceritakan risikonya.

Kesimpulannya

Bertatih sebelum berlari. Sabtu lepas di Jaya Jusco Ipoh saya menemui seorang pakcik yang tersenyum kepada saya ketik. Saya assume beliau tidak tahu apa2 mengenai perniagaan Internet, rupa-rupanya beliau aktif menjual barangan di rumah beliau yang tidak lagi digunakan.

Sabri: Ada pembeli tak pakcik?

Pakcik A: Ada, bolehlah buat bayar bil.


Seorang abang yang macho lagi tough yang berada di sebelah pakcik tersebut terganga kegaguman (betul ni, saya nampak sendiri) kerana pakcik yang kurus kelinking dan sungguh tidak berpotensi untuk menjadi peniaga internet itu berjaya buat duit dari internet mengalahkan beliau.

Kesimpulannya:

Buat duit dari internet tak semestinnya berdigit-digit. Kalau dapat bayar bil elektrik, air dan telefon setiap bulan, that’s a good start. Dan, start locally dulu di laman-laman lelongan tempatan. Offer a good prices, and you will be amazed by the response.

Start Small, Finish Big


Ok..kengkawan..moga2 artikel ini memberi manfaat pada kita semua..ADIOS!!

p/s : sumber artikel dipetik dari SaifulSham.com

0 comments:

Post a Comment