Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Jom Discuss..

Tgh2 boring tadi..aku merayau2 la..(surfing la tuh)..dan aku terjumpa 1 artikel yang pada pendapat aku mmg menarik utk dibincangkan dan aku rasa patut berkongsi ngan korang sumer. Saper ada pendapat yang lain..sila beri komen yer..aku nak dengar dan buat bahan kajian..

Perniagaan Internet vs Program Wang Internet


"Pendapatan Melalui Internet" .... mungkin sesetengah daripada anda mengganggapnya hanyalah sebagai sebuah mitos dan khayalan. Anda tidak percaya bahawa internet boleh menghasilkan wang. Anda menganggap... wang dari internet hanyalah merupakan sebuah penipuan semata-mata. Mungkin anda telah mengalaminya sendiri... atau, mungkin rakan-rakan anda telah mengalaminya. Mengalami kerugian kerana melabur pada program-program di internet.

Saya tidak nafikan, memang terdapat banyak program-program penipuan yang terdapat di internet. Walaubagaimanapun. itu tidak bermakna, tidak ada langsung program yang benar-benar memberikan anda wang di internet. Pada saya, internet adalah merupakan sebuah lombong emas yang besar yang masih belum di lombong sepenuhnya, terutamanya oleh rakyat malaysia.

Oleh itu, ilmu asas untuk menilai antara "kaca dan permata" haruslah didalami terlebih dahulu sebelum anda bertindak dan menceburkan diri di dalam dunia "penjanaan wang menerusi internet".

Secara asasnya, terdapat 2 kaedah di dalam menjana wang di internet, iaitu:-

1) Perniagaan Internet

Pernigaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Antara contoh perniagaan internet adalah seperti:-

*Menjual CD multimedia
*Menjual ebook
*Menjual Perisian-perisian
*Menjual peta (seperti yg dilakukan oleh irfan khairi)
*Membuat Logo
*Menjual Webhosting & nama domain (seperti www.sempoihosting.com)
*Menjual buku (seperti www.maskahwin.com)
*Menjual tikar (seperti www.tikarsarawak.com)
*Menjual Minyak Urut (seperti www.shuhaida.com)
*Menjual ubat kuat (seperti www.lelakikuat.com)
dan bermacam-macam lagi...

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini biasanya adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika anda melakukan kaedah ini, iaitu.. membina perniagaan anda di internet seperti contoh-contoh yang saya nyatakan di atas, maka anda layak digelar sebagai "usahawan internet" dan tidak mustahil anda boleh menjadi kaya/jutawan dengan perniagaan tersebut.

Namun begitu, untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah mudah. Pelbagai ilmu perlu dipelajari, sama seperti anda membangunkan perniagaan konvensional. Membangunkan perniagaan internet bukanlah semudah dengan hanya membangunkan website sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan di dalami seperti ilmu berkenaan pemasaran internet, "Search Engine Optimization(SEO)" , "Writing Sales Letter", "Building Web Credibility", "Niche Market".. dan bermacam-macam lagi.

Untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang membina perniagaan di internet, sertailah komuniti dan forum kami di www.wangcyber.com



2) Program Wang Internet

Ini adalah satu lagi kaedah menjana pendapatan secara online. Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu membina perniagaan internet.

Antara program-program wang penjanaan wang secara online yang popular adalah seperti:-

*Program Autosurf / Get Paid To Surf
*Get Paid to Read Email
*Get Paid to Survey
*Internet MLM
*Google Adsense
*Affiliate Programe
*HYIP
*Doubler
*Online Trading
dan bermacam-macam lagi

Program-program inilah yang paling banyak dicemari dengan program-program penipuan di internet. Anda boleh menyertai program ini, dan juga tidak mustahil anda menjadi kaya dengan menyertai program ini. Namun begitu, anda perlulah berhati-hati dan betul-betul bijak menilai program yang ingin anda sertai. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang akan memberikan anda pulangan wang yang banyak dengan segera.

Jika anda menjadi kaya dengan menyertai program-program seperti ini, syabas saya ucapkan, namun begitu, anda masih belum layak untuk digelar sebagai usahawan internet. Ini kerana, anda tidak melakukan sebarang urusan jual beli dan tiada produk yang diniagakan, malahan website tersebut juga bukanlah milik anda. Anda hanyalah merupakan ahli atau "players" bagi perniagaan internet (kaedah pertama mencari wang di internet) . Jika anda merasakan anda sudah cukup kaya dengan menyertai program-program penjanaan wang di internet, fikirkan pula hasil yang diperolehi oleh pemilik program tersebut.

Sekali lagi saya nasihatkan, berhati-hatilah jika anda ingin menyertai mana-mana program wang online. Jika anda kurang mahir atau masih ragu mengenai sesebuah program wang online, sertai forum kami dan dapatkan pandangan dari mereka-mereka yang mahir di dalam dunia wang online ini.



Kesimpulannya, penjanaan wang secara online bukanlah suatu cerita dongeng. Sememangnya telah ramai yang berjaya menjadi jutawan dan memperolehi pendapatan mereka menerusi internet. Namun begitu, anda perlulah mempunyai ilmu dan bijak menganalisa kaedah mana yang benar dan sesuai dengan anda.

Diharapkan, selepas ini, tiada lagi kekeliruan bagi anda untuk membezakan antara "Perniagaan Internet" dan juga "Program Wang Internet". Usahlah menganggap kesemua perniagan internet itu adalah sebuah perniagaan yang menipu. Zaman telah berubah, usah lah ketinggalan.

Sekian, Salam cyber dari saya. Wassalam.


Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Internet Entrepenuer
www.mohdsuhaimy.com
www.wangcyber.com

P/S: Untuk mendapatkan tips2 mengenai perniagaan internet serta program wang internet yang betul, sertailah perbincangan komuniti usahawan internet kami


So..sila komen.. Personally, aku raser artikel ni tepat..tak tau la pulak ngan korang..so aku mmg harapkan feedback dari korang sumer.. APA KATA SURVEY???

4 comments:

At 3:18 AM armourzz said...

pada pendapat aku la kan.aku agree ngn artikel tu..

perniagaan internet :: kalau kte lihat skang memang byk sgt la perniagaan secara online je..kalau kte lihat dr sudut kebaikannya,aku rase mmg byk..tol x?untung pon byk..cuma nk ngn xnak je...

program wang internet :: program ni memang ramai yg menganggap program penipuan...pada aku,semuanya terpulang pd diri sendiri..if u dare tu do it,u must dare to take the risk..

p/s :: tepuk dada tanya selera...

..........armourzz..........

 
At 10:52 PM Azaharuddin said...

olrite..sis armourzz dah bersuara..macam mana dengan komen yang lain2..aku tunggu..:p

 
At 5:49 PM Anonymous said...

bagi aku..

depends on skill kita kita skrg laa.. klu rs bole handle biz seniri, ok go on wif ur own online biz.. if not, better pegi cr dlu ilmu online biz ni.. join mn2 seminar mcm yg saifulsyam wat tu atau irfan khairi pnya tuh.. aku pon blom join lagi2 mn2 seminar.. skrg tgh cari dlu ilmu dlm internet.. dptkn basic. skurang2nya kita bole tau apa yg kita ingin tau tp kita blom tau..

program wang internet plak, bergantung kpd bagaimana kita sanggup menghadapi risiko kerugian. dan sbyk mn anda sanggup rugi? sbb.. bykn prog sperti ini bkn REAL TIME.. sprti autosurf,paid 2 read mail, paid 2 click dan byk lg.. bila2 ms je diorg boleh tutup. satu lg prog investment. HYIP prog.. melambak2 skrg. ada yg SCAM dan ada yg honest. tp mcmana nk tau?? byk wat survey, msk forum2 berkaitan, tnya kwn2.. mcm2 boleh buat tp itu jgak bkn 100% selamat dan bkn jaminan x akan rugi.. just 1 thing, Apa2pon anda perlu bijak dan jika melabur, bersedialah akan risiko kerugian dan kehilangan wang anda.. just invest wif nilai yg u afford to lose.. thats all..

sekian,
Wan

 
At 6:08 PM Azaharuddin said...

wan : olrite..pandangan yang mmg boleh diterimapakai..wan..aku raser kalo ko buat blog..mesti ramai pengunjung nih..:p

 

Post a Comment