Site Network: Home | Blogcrowds | Gecko and Fly | About

Pesanan Dr. Irfan Khairi

1 lagi artikel dari jutawan internet Dr. Irfan Khairi yang nak aku kongsikan ngan korang sumer..semoga artikel ini..membantu korang dalam nak membuat keputusan utk menyertai mana2 program online investment..


Bagaimana Caranya Menghindar Dari JERAT Online SCAM

oleh : Irfan Khairi

Salam sejahtera,

Sejak beberapa bulan lepas, nama saya sering di kaitkan dengan skim online yang berteraskan SCAM. Bertujuan untuk menipu orang ramai dalam mengaut keuntungan. Sehingga hari ini, syarikat saya dan Azizi Ali telah mengambil tindakan keatas 2 individu yang melanggar undang-undang hakcipta dan harta intelek dalam kes-kes sebegini. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Berikut adalah 3 tips untuk menghindarkan diri anda dari terkena JERAT SCAM.

1: SCAM atau menipu online sering bertujuan untuk mengaut keuntungan dari mereka yang dalam keadaan terdesak. Kebanyakan SCAM berasas kepada peluang membuat duit. Sekiranya anda berdepan dengan sebarang peluang menjana wang di Internet, Email atau SMS, anda perlu lebih berhati-hati oleh kerana asas SCAM adalah dalam menarik minat mereka yang terdesak inginkan penyelesaian kepada masalah kewangan.

Fikiran anda perlu lebih berhati-hati dan was-was apabila berdepan dengan sebarang skim menjana pendapatan di Internet oleh kerana kebanyakan SCAM lahirnya di situ.

2: Kebanyakan SCAM berasas kepada ‘anonymity’ iaitu, pengasas SCAM tersebut sama ada individu ataupun syarikat, inginkan maklumat mereka disembunyikan. Mereka bagaikan menyorok di alam siber di mana asal-usul mereka tidak diketahui.

Individu atau syarikat tersebut tidak akan mendedahkan identiti mereka. Maklumat-maklumat penting seperti alamat mereka, cara menghubungi, kewujudan mereka sering dirahsiakan. Anda perlu berhati-hati, sekiranya mereka inginkan segala urusan 100% online. Kewujudan mereka hanya 100% maya. Mungkin ianya 100% SCAM.

3: Akhir sekali, berhati-hati sekiranya peluang yang diberi oleh individu atau syarikat bunyinya amat mudah (too good to be true). Memperolehi sejumlah wang yang besar bukan suatu perkara yang mudah. SCAM sering mewar-warkan bahawa menjana pendapatan adalah amat mudah. Serta, skim tersebut akan menjanjikan pulangan yang tinggi (beribu-ribu ringgit) dengan pelaburan yang rendah (mungkin RM10).

Fikiran mereka sebelum terkena SCAM mungkin mengatakan “Wang yang dilaburkan kecil… sekiranya tidak berjaya, ianya tidak apa. Sebab saya cuma hilang RM10 sahaja”. Bagi pihak individu atau syarikat yang melakukan SCAM pula mengatakan “RM10 adalah jumlah kecil. Kalau mereka (yang terkena) kehilangan RM10 sahaja sudah tentu mereka tak mencari saya. 1,000 orang bayar RM10, saya sudah untung RM10,000!”

Di dunia ini, tiada skim yang wujud di mana anda melakukan sedikit kerja, kemudiannya pulangan berlipat kali ganda akan melimpah ruah kepada anda. Sekiranya ini terjadi, maka, sudah tentu skim-skim tersebut sudah diberitakan di dada akhbar, di berita TV dan media-media yang lain oleh kerana ia dapat membantu masyarakat hidup dengan lebih mewah.

Jangan lupa, SCAM bertujuan untuk menarik mereka yang terdesak inginkan wang. Tumpuan skim-skim scam adalah untuk menarik mereka yang “Inginkan pulangan tinggi, tetapi usaha yang kurang”. Mudah-mudahan anda tidak terjerat dalam kategori ini.

SCAM ada di merata-rata dan antaranya amat halus untuk dikesan. Antara nasihat yang paling baik adalah untuk “tepuk dada, tanya selera” - tanya diri anda sendiri. Sekiranya di hati anda terdetik sesuatu skim itu mungkin SCAM, maka, anda perlu berhati-hati. Kajian menunjukkan ramai yang terkena SCAM sebenarnya sebelum menyertai skim/sistem tersebut sudah mempunyai rasa hati (rasa tak sedap hati), tetapi masih terus menyertainya oleh kerana sifat “ingin tahu” yang kuat sama ada skim tersebut adalah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka!

Semoga kita lebih berhati-hati dengan JERAT SCAM,

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com


So, bagi korang kat luar sana..jgn mudah terpengaruh ngan sms/email/surat layang yang korang terima..yang mengaitkan nama2 individu yang dah berjaya dalam dunia perniagaan internet ni..Berfikirlah dengan bijak..

TERSERAH ANDA...!!

0 comments:

Post a Comment